Jeans Mudah Rosak? Cuba 5 Tips Ini !

Posted by 2WINS Exclusive on

 

Assalamualaikum wbt.

Kali ini, Kak Fatin nak kongsi tips penjaggan jeans.

Nampak mudah je tips ni tapi sebenarnya mungkin ada antara kita yang ambil ringan mengenai penjagaan jeans. Kalau tak jaga betul betul jeans boleh mudah rosak.

Kalau boleh jeans nak pakai lama kan? Baru berbaloi beli.

 

Straight to the point!

 

Antara tricks penjagaan jeans untuk dikongsi :

1) Jemur jeans dengan cara gantung bukan melipat

- Gantung jeans anda dengan penyepit atau pengantung baju. Ini adalah cara yang paling efektif untuk menjemur jeans.

- Ingat! jangan lipat jeans anda kerana lipatan jeans ketika jeans sedang lembab akan menyebabkan kedutan dan kelihatan kurang menarik.

 

2) Cuci jeans secara berasingan

- Jangan campurkan jeans anda dengan pakaian lain. Sebaik-baiknya cucilah jeans secara berasingan untuk mengekalkan warna agar tidak mudah pudar dan jeans tahan lama.

 

3) Keringkan jeans secara natural

- Jangan sesakali mengunakan saterika atau mesin pengering pada suhu tinggi untuk mengeringkan jeans telah dibasuh

-Suhu tinggi akan merosakan fabrik jeans. Sebaiknya gantung dan anginkan saja jeans.

 

4) Gunakan sabun biasa untuk mencuci jeans

- Pencuci yang mengandungi bahan kimia yang kuat seperti bleach boleh mengakibatkan warna jeans luntur dan koyak! Jadi sebaiknya gunakan saja sabun biasa untuk mencuci jeans.

 

5)  Cekak pinggang jeans pada leher

- Jika anda tiada masa untuk mencuba jeans ketika membeli, anda boleh cuba teknik ni iaitu cekak pinggang jeans pada leher. Jika diameter jeans muat cantik pada leher, bermaksud jeans tersebut sesuai untuk pinggang anda.

 

Anda dapat sesuatu dari tips ini?


Reviews

Let customers speak for us

165 reviews
98%
(161)
2%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Best jeans ever
Dropship registration