Ketahui Cawat Yang Sesuai Dengan Diri Anda!

Posted by NUR FATIN FARAIN on

Assalamualaikum,

Hari ni Kak Fatin nak share mengenai cawat seluar yang sesuai dengan diri korang.

Soalan famous amos  "Macam mana nak ukur cawat seluar yer?"

Haa..meh sini kak Fatin tunjuk dulu cara nak ukur cawat kemudian baru kita pergi lebih details jenis-jenis cawat okay?

 

Cawat diukur dari bahagian depan pinggang (tengah jahitan punggung) dan bawa ke bahagian belakang pinggang.

Kalau korang sangat mementingkan keselesaan, aspek penting yang perlu korang ambil kira ialah ukuran cawat seluar tersebut.

Please jangan abaikan ukuran cawat!

Cawat sangat penting untuk tahu di mana seluar korang terletak di badan.

 

Jenis-jenis cawat yang ada di pasaran

 

Gambar di atas ini Kak Fatin dah ringkaskan jenis-jenis cawat yang ada atau trending di pasaran.

 

Sebelum nak tahu cawat yang sesuai dengan diri, langkah pertama korang kene tahu ialah kenal pasti size badan korang.
.
.
Kemudian pilih cawat yang sesuai:
1) Cawat rendah ( Low rise)
- Paras Pinggang yang rendah.
- Pinggang seluar 2-3 inci di bawah pusat.
- Sesuai untuk mereka yang perut kempis.
- Sangat popular untuk jeans wanita.
- Tidak sesuai untuk mereka yang berbadan pear .
.
2) Cawat normal ( Medium rise)
- Sesuai untuk badan 'curvy' atau 'hourglass'
- Pinggang seluar terletak betul2 di paras pinggang.
- Terselah kelansingan si pemakai!
.
3) Cawat Tinggi ( High rise)
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai torso badan panjang.
- Pinggang seluar terletak 1 inci di atas paras pinggang.
- Memberi tanggapan 'old fashion' kepada si pemakai.
- Memberi Visual kaki panjang.

Jadi dah tahu korang sesuai cawat yang mana?

Pilihan di tangan korang. Apapun jenis cawat yang dipilih, pastikan seluar selesa dipakai terutamanya di bahagian celah kelangkang. Takdelah nanti rasa ketat semacam je kan hee.

 

Ok jumpa lagi di artikel akan datang!

 

Share jika rasa bermanfaat agar ramai dapat manfaat bersama =)

 FEATURED PRODUCT :


Reviews

Let customers speak for us

200 reviews
98%
(196)
2%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Worth the price
Love it
Paris boyfriend jeans
Paris boyfriend jeans
Love sangat